Saturday 14 May 2011

Kasihmu bawa ke syurga...

Hari ini 14 Mei, birthday abah mama yang telah pergi buat selamanya pada tanggal 18 Mei, 2009. Bulan Mei memang bermakna buat mama. 16 Mei harijadi mama, hari guru dan 22 Mei juga anniversary mama. Da 2 tahun abah mama pergi tapi kesedihannya masih terasa sampai hari ini. Dulu waktu abah mama ada, mama jarang berbual-bual dengan dia. Mama tak tau nak tunjuk kan mama sayang kat abah. Mama hanya suka bawak dia jalan je atau belikan apa-apa yang patut dan rasa boleh buat dia happy. Tapi mama tau dia amat ambil berat pasal mama sejak dari kecil lagi. Dia sayang kat mama.Dia selalu nak berbual-bual, cuma mama je yang jarang nak layan. Dalam kereta bila jalan dengan mama, mama biarkan je suami mama yang layan dia bercakap.  Rasa macam kekok je nak berbual-bual panjang dengan abah. Bila salam tangan mak, mama selalu cium pipi tapi bila salam abah mama tak buat. Teringin nak cium pipi abah tapi mama biarkan je keinginan tu berlalu. Mama ingin tunjuk kat dia mama sayang kat dia tapi mama malu atau mungkin rasa tak selesa. Bila abah koma, baru mama cium pipi abah, tapi masa tu mama tak tau la abah sedar ke tidak. Mama bisik kat telinga dia yang mama sayang kat dia, pun mama tak tau dia dengar ke tidak.
Dia selalu jaga mama masa mama kecik-kecik selalu kena semput. Masa mama sakit pun abah susah hati, mama tahu pasal tu. Abah memang sayang anak-anak. Anak-anak nyawa dia. Abah sanggup buat apa je untuk anak. Tapi sekarang mama hanya boleh baca yasin doa supaya abah mama ditempatkan di tempat yang baik. Bila rindu mama hanya berdoa supaya tidor malam nanti mama mimpi jumpa abah...

Tuesday 10 May 2011

Cikgu Oh Cikgu

Masuk kelas yang satu ni memang mencabar.Bila kita bercakap diorang pun bercakap.Walaupun terjerit-jerit kat depan still 43 orang manusia ni buat dunno je.. tak tau la memang tak faham bahasa melayu ke atau buat-buat tak faham.. Telinga mama kerap sakit-sakit sejak ajar diorang ni..mana taknya menjerit tahap maksimum, nak suruh diam amik masa dkt 15 minit. Da tak larat nak menjerit diam je la, perhati kan dengan harapan diorang nampak la cikgu marah kat depan. Tapi buat tak tau gak, malahan bertambah lantang bercakap. Ada yang da mula tarik kerusi ke tempat kawan. Mama tengok muka segelintir yang baik tu tengok je muka mama. Malas nak ajar rasanya, tapi tengok muka yang menunggu mama ajar tu rasa kesian pulak. Mama pun mula beri arahan, keluarkan buku dan mama terus mengajar. Tapi suara mama jadi tenggelam timbul nak lawan suara yang lagi bising tu...Tekak mula rasa sakit, terjerit-jerit. Telinga berdenyut-denyut. Nak pitam pun ada maklum la belum makan lagi..Akhirnya kena guna teknik komando, mama pun mengumpul tenaga menjerit, ambil rotan hentak meja. Baru la semua mata terpaku tengok mama yang mula naik antu. Tarik yang taikonya suruh diri kat depan, kalau da geram sangat suruh berdiri kat luar. Baru la mama boleh  mengajar sekarang...sampai bila nak buat macam ni..tak larat la

Saturday 7 May 2011

Maharaja lawak...lawak sangat ke...

Bila boring tertunggu-tunggu gak tgk maharaja lawak...tapi yang lawak tu mencarut ke..yang mencarut tu lawak ke..tak paham orang2 muda mencarut ..macam da hilang respek pada penonton. Bukan orang muda je tengok, orang tua budak-budak kecik besar cerdik tak cerdik semua tengok..jangan merendahkan kecerdikan sendiri dengan lawak2 yang tak berapa bijak tu...
kalau pompuan tengok rasa macam dieksploit pulak harga diri dan sensitiviti perempuan bermaruah..jangan lak ikut-ikut tergelak tapi sebenarnya menggelakkan diri sendiri...kanser nasi lemak la , hot dog, burung tu seme ape..mama tak paham lawak cam tu...

Thursday 5 May 2011

Masa kecik-kecik...

Masa mama kecik hidup memang susah..bukan la nak buat cite sedih tapi nak share pada anak-anak bahawa kat depan kita terbentang dugaan yang bukan calang-calang untuk dihadapi...tapi bila da biasa hidup susah dari kecik tak la stress sangat bila dugaan datang ..walaupun berbagai masalah dan dugaan  datang kita kena sentiasa berfikiran positif dan should always put in mind yang dugaan dan masalah tu cuma rencah kehidupan. Jangan jadikan ianya satu masalah yang akan meletakkan kita terbelakang dan terkecundang akhirnya...mama will continue later. so many things to tell but for now mama want you to think ..what's your aim in life...tanya diri dulu ye anak-anak apa arah tujuan hidup kita..I'll tell you more...

Pesanan buat anak-anak

Dah bulan Mei. Tak lama lagi PMR.Peperiksaan pertengahan tahun pun da dkt..cuma satu pesan mama belajar jangan mudah putus asa...banyakkan doa dan baca buku usahlah jemu. Belajar bukan susah sangat..if you really work hard everything is easy..nothing is impossible. Teruskan..teruskan..jangan jemu or boring